Bahasa: Lain-lain

Agensi Penyelaras Pusat (CCA)

MEMANTAU, MENILAI & MENYELARAS PERTUMBUHAN PKS DI MALAYSIA


Pada tahun 2009, SME Corporation Malaysia (SME Corp. Malaysia) telah dilantik sebagai Agensi Penyelaras Pusat (CCA) untuk keseluruhan pembangunan PKS di Malaysia. Sebagai Agensi Penyelaras Pusat, SME Corp. Malaysia telah ditugaskan untuk menambahbaik dan memperkemaskan penyelarasan serta pengumpulan data untuk program-program pembangunan PKS.


Bertindak di atas kapasiti ini,  SME Corp. Malaysia menyelaras, menyusun,  memantau dan menilai kemajuan serta keberkesanan program-program pembangunan PKS yang dilaksanakan oleh 15 Kementerian dan lebih daripada 60 agensi (M&A) setiap tahun. Maklumat yang diperolehi daripada Kementerian dan Agensi tersebut  telah diterbitkan sebagai Pelan Tindakan Bersepadu PKS (SMEIPA) secara tahunan. Laporan ini pertama kali diterbitkan sebagai Rangka Tindakan Pembangunan PKS (2006-2008) sebelum SME Corp. Malaysia diberi mandat sebagai Agensi Penyelaras Pusat.

 

Pada dasarnya, SMEIPA telah dibentuk untuk berfungsi sebagai sebuah dokumen yang bersepadu dan komprehensif untuk Kementerian dan Agensi mendapatkan maklumat bagi:

  • Memacu penambahbaikan dan keberkesanan;
  • Mengoptimumkan peruntukan dana;
  • Meningkatkan kerjasama dan mengurangkan pertindihan;
  • Merangka strategi untuk perancangan dasar;
  • Melakar program pembangunan masa hadapan;
  • Memacu sinergi yang lebih mantap di kalangan Kementerian dan Agensi; dan
  • Mengenalpasti dan mengurangkan pertindihan sumber.

Jawatankuasa strategik utama telah dibentuk bagi mengumpul ilmu pengetahuan, kemahiran dan bakat daripada pakar strategi yang berpengalaman dan berpangkat tinggi untuk memacu pertumbuhan PKS di Malaysia.

Jawatankuasa-jawatankuasa ini mengikut keutamaan adalah:

  • Majlis Pembangunan PKS Kebangsaan (MPPK); dan
  • Pasukan Petugas Peringkat Tertinggi Pembangunan PKS (HLTF)

HUBUNGI KAMI

Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia
Tingkat 6, SME 1, Blok B 
Platinum Sentral
Jalan Stesen Sentral 2 
Kuala Lumpur Sentral
50470 Kuala Lumpur.

Talian Info: 1-300-30-6000
Talian Faks: 03-2775 6001

Emel: info[at]smecorp[dot]gov[dot]my

 

Borang Maklumbalas

PAUTAN AGENSI

miti icon MIDA matrade edit 1
MPC edit MIDF edit SME Bank edit
hdc edit1 MSI edit Mai edit
malaysiagovicon    

 

 

 

MENGENAI KAMI
POLISI
PROGRAM
INISIATIF
PANDUAN
SUMBER
HUBUNGI KAMI