Languages: Others

MPN memantapkan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi


MAKLUMAT: Wan Junaidi mendengar taklimat serta penjelasan daripada pegawai kementerian yang turut hadir sama bersama pada sidang media, malam kelmarin. -Gambaf Chimotiupon

KUCHING: Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi merancang mendapatkan bantuan serta kerjasama daripada Majlis Profesor Negara (MPN) bagi memantapkan lagi kementerian itu.

Menterinya Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, beliau malahan telah mengadakan perbincangan dengan MPN agar majlis dapat membantu kementerian mewujudkan persekitaran perniagaan baharu kepada golongan sasar mereka.

 

“Sebelum ini masa saya berada di Kementerian Dalam Negeri, banyak perundangan kita rujuk kepada MPN dan sama juga apabila saya berada di Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, kami banyak menerima input daripada mereka.

“Maka di kementerian ini saya juga akan menggunakan MPN untuk membantu kita, di mana jika ada keperluan kita wujudkan penasihat ekonomi atau kumpulan pemikir bagi kementerian, kita akan minta nasihat MPN atau agensi di bawah kementerian ini,” katanya pada sidang media selepas tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) di sini, malam kelmarin.

 

Wan Junaidi yang juga Ahli Parlimen Santubong berkata, malahan beliau juga pada pagi semalam telah mengadakan perbincangan dengan Presiden

Sebelum ini masa saya berada di Kementerian Dalam Negeri, banyak perundangan kita rujuk kepada MPN dan sama juga apabila saya berada di Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, kami banyak menerima input daripada mereka.

 

“Saya telah berbincang dengan beliau untuk melihat pendekatan terbaik bagaimana untuk kita mewujudkan persekitaran perniagaan dunia yang baharu menggunakan kemudahan atau bantuan disediakan kementerian.

“Sama menerusi SME Corp. Malaysia atau SME Bank, Bank Rakyat dan sebagainya akan menyediakan dana selain latihan kerana kita mahu melonjakkan sistem kita ke arah lebih baik,” ujarnya.

Katanya beliau juga meminta kepada MPN untuk bekerjasama dengan pegawai-pegawai kementerian memandangkan mereka juga mempunyai pengalaman bertahun dalam agensi masing-masing untuk membangunkan usahawan.

 

Wan Junaidi berkata, malahan apa yang dirancang kementerian itu juga selaras dengan penekanan yang dinyatakan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Malahan tadi (semalam) semasa mesyuarat kabinet yang pertama, Perdana Menteri turut menekankan mengenai pembangunan ekonomi yang dinamik yang selaras dengan pandangan saya.

“Saya akan melakukan yang terbaik menggunakan pengetahuan saya dengan apa yang ada,” tegasnya.

 

 

CONTACT US

SME Corporation Malaysia
Level 6, SME 1, Block B 
Platinum Sentral
Jalan Stesen Sentral 2
Kuala Lumpur Sentral
50470 Kuala Lumpur

Info Line: 1300-30-6000
Fax Line: 03-2775 6001

Feedback Form

 

AGENCY LINKS

  med    
Tekun2 SKM1  
output onlinepngtools Logo UDA 2020 SME Bank edit  
logo bankrakyat MaGIC Smoke protege1  

 

ABOUT
POLICIES

SME in Malaysia

SME Perfomance & Outlook

National Entrepreneurship Policy 2030 (DKN2030)

SME Policies

PROGRAMMES
INITIATIVES
GUIDES

Business Guides

Success Stories

Business Directory

Business Ethics

RESOURCES
CONTACT US