Languages: Others

Hanya 20 peratus usahawan Bumiputera PKS sertai GEB

EXCO Pertanian, Pembangunan Usahawan dan Industri Asas Tani negeri, Norhizam Hassan Baktee (tengah) memotong riben sebagai gimik pembukaan Dobi Santai 2
di Taman Industri Angkasa Nuri, Batu Berendam. Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif SME Corp, Azmi Said (kiri). - NSTP/Khairunisah Lokman
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
 

ALOR GAJAH: Hanya 200,000 atau kira-kira 20 peratus daripada sejuta usahawan Bumiputera dalam sektor perusahaan kecil dan sederhana (PKS) menyertai program Galakan Eksport Bumiputera (GEB) di peringkat antarabangsa.

Ketua Pegawai Eksekutif SME Corp Malaysia, Azmi Said, berkata daripada keseluruhan usahawan Bumiputera PKS di seluruh negara, 300,000 atau 30 peratus daripadanya didapati hanya tertumpu kepada pasaran domestik.

“Kita lihat permohonan usahawan Bumiputera bagi program GEB masih rendah walaupun manfaat di sebalik program ini membantu memperluaskan perniagaan mereka ke pasaran antarabangsa.

“Kita sedia membantu mereka untuk meneroka pasaran antarabangsa termasuk memberikan bantuan dari segi kemudahan pembiayaan, kewangan dengan komponen seperti pembungkusan, pensijilan dan pengurusan sistem kualiti serta pembangunan dan inovasi produk,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas majlis pembukaan Dobi Layan Diri Usahawan SME yang dirasmikan oleh EXCO Pertanian, Pembangunan Usahawan dan Industri Asas Tani negeri, Norhizam Hassan Baktee di Taman Angkasa Nuri, di Durian Tunggal, di sini, hari ini.

Dalam perkembangan lain, Azmi berkata, sehingga tahun lalu sebanyak 116 syarikat PKS Bumiputera dengan 165 aktiviti atau projek diluluskan di Melaka dengan jumlah peruntukan keseluruhan berjumlah RM16.7juta.

“Selain itu, sebanyak 18 syarikat di Melaka juga telah lulus penilaian jawatankuasa yang membabitkan kos permohonan sebanyak RM500,095 dengan geran RM250,046,” katanya.

CONTACT US

SME Corporation Malaysia
Level 6, SME 1, Block B 
Platinum Sentral
Jalan Stesen Sentral 2
Kuala Lumpur Sentral
50470 Kuala Lumpur

Info Line: 1300-30-6000
Fax Line: 03-2775 6001

Feedback Form

 

AGENCY LINKS

  med    
Tekun2 SKM1  
output onlinepngtools uda holdings SME Bank edit  
logo bankrakyat MaGIC Smoke protege1  

 

ABOUT
POLICIES

SME in Malaysia

SME Perfomance & Outlook

SME Masterplan

SME Policiess

PROGRAMMES
INITIATIVES
GUIDES

Business Guides

Success Stories

Business Directory

Business Ethics

RESOURCES
CONTACT US