Languages: Others

RM15.9 Juta Bantu Usahawan Belia Di Terengganu

Oleh Aminudin Ismail dan Mohd Irsyadi Abu Bakar

MARANG: Sebanyak RM16.2 juta disalurkan oleh Majlis Sekratariat Pembangunan Usahawan Terengganu (MSPUT) bagi membantu 542 usahawan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) Terengganu tahun lalu.

Pengerusi Jawatakuasa Kemajuan Luar Bandar, Usahawan, Koperasi Dan Kepengunaan Negeri, Nawi Mohamad berkata, bantuan itu adalah bertujuan untuk mewujudkan daya maju usahawan belia di seluruh negeri.

"Jumlah itu membabitkan usahawan belia yang dibantu menerusi SME Corp. Malaysia, Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU), Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga Nasional (TEKUN) dan Perbadanan Usahawan Nasional Bhg (PUNB) dalam bentuk geran dan pinjaman sebagai teras pembangunan keusahawanan Terengganu.

"Selain pada itu, dalam usaha membantu meningkatkan keupayaan kemahiran keusahawanan, sebanyak 489 latihan dan bengkel diadakan membabitkan 36,783 usahawan Terengganu.

"Pelbagai inisiatif pembangunan usahawan belia dilaksanakan oleh Kerajaan bagi menghargai dan menyerlahkan potensi golongan ini," katanya ketika berucap di Majlis Perasmian TUBE Peringkat Negeri Terengganu, di Kem PLKN Padang Kacong, Marang, Terengganu, hari ini.

Menurutnya, kerajaan juga menyedari aspek pasaran penting dalam membantu daya maju perniagaan terutama memperoleh pasaran baru.

"Sebanyak 262 aktiviti promosi PKS melibatkan 19,753 usahawan dibantu untuk memperkenalkan produk mereka dan impaknya, jualan mereka meningkat sehingga 25 peratus.

"Pada tahun ini, melalui pengumuman Bajet 2018 Negeri Terengganu oleh Y.A.B Menteri Besar Terengganu juga, sebanyak RM 1.2 juta disediakan di bawah Program Transformasi Belia Niaga (TBN) melalui Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu (YPU) buat usahawan muda di negeri Terengganu dalam mengusahakan bidang perniagaan secara atas talian.

"Dana ini disediakan khas kepada golongan belia yang berumur antara 21 tahun hingga 35 tahun terutama syarikat permulaan, yang telah melaksanakan operasi perniagaan mereka sekurang-kurangnya 12 bulan," katanya.

Nawi berkata, TBN dilaksanakan melalui kerjasama secara Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) bersama semua agensi terlibat dengan keusahawanan termasuk latihan, khidmat nasihat serta pinjaman.

"Dana yang bakal disalurkan adalah dalam bentuk peralatan dan kemudahan seperti Komputer dan internet percuma selama enam bulan dengan kadar geran sehingga RM10, 000.00.

"Pada tahun ini juga, SME Corp. Terengganu memperuntukkan geran perniagaan berjumlah RM1.9 juta menerusi Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE) kepada 133 usahawan belia Bumiputera di negeri ini. 

Program yang diperkenalkan sejak 2014 itu bukan sahaja membantu peserta memulakan perniagaan, malah memperoleh manfaat menerusi Persatuan TUBE di setiap negeri serta perkongsian pengalaman bersama alumni TUBErs sedia ada dalam menjalankan perniagaan.

"Inisiatif itu mendorong lebih ramai generasi muda memilih bidang perniagaan dan keusahawanan sebagai kerjaya," katanya 

Menurutnya, kerajaan mensasarkan untuk melahirkan 1,000 usahawan belia Terengganu menjelang tahun 2020 di negeri ini melalui program TUBE ini.

 

--The Iman Tribune

CONTACT US

SME Corporation Malaysia,
Level 6, SME 1, Block B 
Platinum Sentral
Jalan Stesen Sentral 2
Kuala Lumpur Sentral
50470 Kuala Lumpur.

Info Line: 1300-30-6000
Fax Line: 03-2775 6001

Feedback Form

 

AGENCY LINKS

med Tekun2
SKM1 MKM New 1 uda holdings
SME Bank edit logo bankrakyat jata copy

 

ABOUT
POLICIES

SME in Malaysia

SME Perfomance & Outlook

SME Masterplan

SME Policiess

PROGRAMMES
INITIATIVES
GUIDES
RESOURCES
CONTACT US