Languages: Others

RM15.9 juta disalur kepada 542 usahawan belia Terengganu sejak 2015

MARANG, 11 Mac (Bernama) -- Sebanyak RM15.9 juta disalurkan Majlis Sekretariat Pembangunan Usahawan Terengganu (MSPUT) bagi membantu 542 usahawan beliau negeri ini yang terbabit dalam perusahaan kecil dan sederhana (PKS) sejak 2015 sehingga akhir tahun lepas.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Luar Bandar, Usahawan, Koperasi dan Kepenggunaan negeri, Nawi Mohamad berkata antara agensi kerajaan terlibat menyalurkan bantuan dalam bentuk geran dan pinjaman itu adalah SME Corp Malaysia, Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU), Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga Nasional (Tekun) dan Perbadanan Usahawan Nasional Bhd (PUNB).

"Selain itu, bagi meningkatkan keupayaan kemahiran mereka, 489 sesi latihan dan bengkel diadakan membabitkan penyertaan 36,783 usahawan Terengganu dalam tempoh yang sama.

"Perkembangan syarikat juga sentiasa dipantau kesemua 23 agensi yang bergabung dalam MSPUT," katanya ketika berucap merasmikan Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE) peringkat negeri di Padang Kacong di sini hari ini.

Turut hadir Pengarah SME Corp Terengganu, Muhammad Ibrahim dan Ketua Pegawai Eksekutif YPU, Rozali Salleh.....

 

CONTACT US

SME Corporation Malaysia,
Level 6, SME 1, Block B 
Platinum Sentral
Jalan Stesen Sentral 2
Kuala Lumpur Sentral
50470 Kuala Lumpur.

General Line: 03-2775 6100
Fax Line: 03-2775 6001

Feedback Form

 

AGENCY LINKS

miti icon MIDA matrade edit 1
MPC edit MIDF edit SME Bank edit
hdc edit1 MSI edit Mai edit
malaysiagovicon    

 

 

 

ABOUT
POLICIES

SME in Malaysia

SME Perfomance & Outlook

SME Masterplan

SME Policiess

PROGRAMMES
INITIATIVES
GUIDES
RESOURCES
CONTACT US