Languages: Others

Sesi Bicara Niaga Khas: “Perniagaan Inklusif: Komuniti B40 Pelengkap Rantaian Nilai”

Sesi Bicara Niaga Khas: “Perniagaan Inklusif: Komuniti B40 Pelengkap Rantaian Nilai” merupakan sesi perbincangan interaktif antara Ahli Panel mengenai mekanisma dan bagaimana Perniagaan Inklusif (IB) mengintegrasikan PMKS dalam rantaian nilai / rantaian bekalan syarikat, menggalakkan penglibatan serta akses kepada pasaran, kewangan dan pembangunan kemahiran. Sesi ini turut menampilkan dua Syarikat Prinsipal Perniagaan Inklusif (SP-IB) yang dilantik untuk melaksanakan Projek Rintis Inisiatif Pembangunan Rantaian Nilai Perniagaan Inklusif (IB-VCDI) serta salah seorang Ketua Kelompok usahawan bimbingan Serai Malaya Sdn. Bhd.. Moderator dan Ahli Panel bagi Sesi Bicara Niaga Khas adalah:

Moderator:
En. Mohd. Shahriza Sulaiman, Timbalan Pengarah, Bahagian Pemantauan Dasar dan Pembangunan Inklusif, SME Corp. Malaysia

Ahli Panel:
1. En. Azmi Zainal, Ketua Pegawai Operasi, Farm Fresh Berhad;

2. En. Johari Abu Kasim, Pengarah Urusan Kumpulan, Star Medik Sdn. Bhd.; &

3. En. Md Zulkhairi Ismail, Ahli Lembaga Pengarah, Agrosel Selangor Berhad (usahawan bimbingan Serai Malaya Sdn. Bhd.)

 

Tonton rakaman video Sesi Bicara Niaga Khas  


 

 

K1

  Sesi Bicara Niaga Khas: “Perniagaan Inklusif: Komuniti B40 Pelengkap Rantaian Nilai”
(Dari kiri): Moderator - En. Mohd. Shahriza Sulaiman, Timbalan Pengarah, Bahagian Pemantauan Dasar dan Pembangunan Inklusif, SME Corp. Malaysia; Ahli Panel 1. En. Azmi Zainal, Ketua Pegawai Operasi, Farm Fresh Berhad; Ahli Panel 2. En. Johari Abu Kasim, Pengarah Urusan Kumpulan, Star Medik Sdn. Bhd.; dan  Ahli Panel 3.  En. Md Zulkhairi Ismail, Ahli Lembaga Pengarah, Agrosel Selangor Berhad (usahawan bimbingan Serai Malaya Sdn. Bhd.).

 

K2

  En. Azmi Zainal, Ketua Pegawai Operasi, Farm Fresh Berhad berkongsikan pengalaman beliau bidang penghasilan produk tenusu bersama Farm Fresh - dari skala kecil, membangunkan syarikat menerusi amalan Perniagaan Inklusif (IB) sehingga berjaya ke peringkat penyenaraian syarikat di Papan Utama Bursa Malaysia.

 

K3

  En. Johari Abu Kasim, Pengarah Urusan Kumpulan, Star Medik Sdn. Bhd. berkongsikan kisah perjalanan Kumpulan Star Medik yang bermula sebagai sebuah PKS dalam sektor pembuatan peranti perubatan, seterusnya memperluaskan perniagaan ke dalam sektor berlainan sehingga tertubuhnya anak syarikat baharu iaitu Serai Malaya Sdn. Bhd. sebagai wadah untuk melibatkan komuniti inklusif dalam rantaian nilai Perniagaan Inklusif (IB).

 

K4

  En. Md Zulkhairi Ismail, Ahli Lembaga Pengarah, Agrosel Selangor Berhad (usahawan bimbingan Serai Malaya Sdn. Bhd.) berkongsikan pengalaman dan penglibatan beliau selaku salah seorang Ketua Kelompok dalam penanaman dan penjualan serai secara pukal dan berterusan kepada Serai Malaya Sdn. Bhd. menerusi konsep penanaman berkelompok.

 

K5

  Moderator dan Ahli Panel Sesi Bicara Niaga Khas: “Perniagaan Inklusif: Komuniti B40 Pelengkap Rantaian Nilai” bergambar bersama setelah selesai Sesi Bicara Niaga Khas.

 

 

CONTACT US

SME Corporation Malaysia
Level 6, SME 1, Block B 
Platinum Sentral
Jalan Stesen Sentral 2
Kuala Lumpur Sentral
50470 Kuala Lumpur

Info Line: 1300-30-6000
Fax Line: 03-2775 6001
Email: info[at]smecorp[dot]gov[dot]my

Feedback Form

 

AGENCY LINKS

  medac  
Tekun2 SKM1
output onlinepngtools Logo UDA smebank
logo bankrakyat pernas  PUNB
   aim  

 

ABOUT
POLICIES

SME in Malaysia

SME Perfomance & Outlook

National Entrepreneurship Policy 2030 (DKN2030)

SME Policies

PROGRAMMES
INITIATIVES
GUIDES

Business Guides

Success Stories

Business Directory

Business Ethics

RESOURCES
CONTACT US