Languages: Others

Majlis Perasmian Program Kemahiran Terapis Sentuh Bina Mula Berjaya

Tarikh:  22 Mac 2022
Tempat: Petaling Jaya

 

Sentuh Sinergi Sdn. Bhd. selaku salah satu Rakan Penyedia Perkhidmatan di bawah Program Micro Connector oleh SME Corp. Malaysia telah mengadakan Majlis Perasmian Program Kemahiran Terapis Sentuh Bina Mula Berjaya pada 22 Mac 2022. Program ini bertujuan untuk melatih komuniti inklusif terutamanya golongan wanita, ibu tunggal dan B40 untuk memperoleh kemahiran dalam bidang urutan serta penjagaan antenatal & postnatal dan seterusnya menjana pendapatan menerusi aktiviti keusahawanan. Majlis perasmian ini telah disempurnakan oleh Encik Rizal bin Nainy, Ketua Pegawai Eksekutif, SME Corp. Malaysia.


1

Ucapan aluan oleh Encik Ahmad Aizudin Ahmad Anuar, Ketua Pegawai Eksekutif, Sentuh Sinergi Sdn. Bhd. pada Majlis Perasmian Program Kemahiran Terapis Sentuh Bina Mula Berjaya.

 

2

Encik Rizal bin Nainy, Ketua Pegawai Eksekutif, SME Corp. Malaysia menyampaikan ucapan ketika Majlis Perasmian Program Kemahiran Terapis Sentuh Bina Mula Berjaya.

3

Encik Rizal bin Nainy, CEO, SME Corp. Malaysia menyampaikan Sijil Tamat Program dan menyerahkan kit permulaan kepada peserta diiringi oleh Encik Ahmad Aizudin Ahmad Anuar, CEO, Sentuh Sinergi Sdn. Bhd. (kanan) dan Puan Shazrina Azman (Mizznina), Pengerusi Yayasan Min Qalby (kiri) yang turut sama membiayai Program Kemahiran Terapis Sentuh Bina Mula Berjaya.

 

4

Peserta Program Kemahiran Terapis Sentuh Bina Mula Berjaya dibekalkan dengan kit permulaan peralatan urutan dan penjagaan antenatal & postnatal serta dibantu untuk onboarding ke platform SENTUH yang merupakan platform tempahan dalam talian bagi perkhidmatan kesihatan dan kecantikan yang disediakan oleh Sentuh Sinergi Sdn. Bhd.

 

5

Tetamu, jemputan dan peserta pada Majlis Perasmian Program Kemahiran Terapis Sentuh Bina Mula Berjaya.

 

 

CONTACT US

SME Corporation Malaysia
Level 6, SME 1, Block B 
Platinum Sentral
Jalan Stesen Sentral 2
Kuala Lumpur Sentral
50470 Kuala Lumpur

Info Line: 1300-30-6000
Fax Line: 03-2775 6001
Email: info[at]smecorp[dot]gov[dot]my

Feedback Form

 

AGENCY LINKS

  medac  
Tekun2 SKM1
output onlinepngtools Logo UDA smebank
logo bankrakyat pernas  PUNB
   aim  

 

ABOUT
POLICIES

SME in Malaysia

SME Perfomance & Outlook

National Entrepreneurship Policy 2030 (DKN2030)

SME Policies

PROGRAMMES
INITIATIVES
GUIDES

Business Guides

Success Stories

Business Directory

Business Ethics

RESOURCES
CONTACT US