Languages: Others

Majlis Pelancaran Program Tunas Usahawan Baitulmal

Tarikh                                    : 2 April 2019 (Selasa)
Masa                                     : 9.30 pagi
Tempat                                  : Dewan Mahkota, SME Corp. Malaysia             

 

Kementerian Pembangunan Usahawan (MED) melalui SME Corp. Malaysia dengan kerjasama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) menyasarkan untuk melahirkan 100 usahawan baharu dari latar belakang asnaf pada tahun ini melalui Program Tunas Usahawan Baitulmal. 

Ianya bertujuan untuk membantu golongan asnaf mencapai kelangsungan hidup melalui keusahawanan. Ini juga sejajar dengan hasrat MED di bawah Rangka Kerja Keusahawanan Nasional (NEF) bagi melahirkan 50,000 usahawan dengan mengubah paradigma usahawan asnaf untuk terlibat dalam bidang keusahawanan dan perniagaan.

 

YBhg. Dato’ Sri Syed Hussien Al Habshee, Pengerusi SME Corp. Malaysia, menyampaikan Ucapan Aluan pada Majlis Pelancaran Program Tunas Usahawan Baitulmal.

 

YB Datuk Wira Dr. Mohd Hatta Md Ramli, Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan menyampaikan Ucaptama beliau pada Majlis Pelancaran Program Tunas Usahawan Baitulmal.

 

YB Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof, Menteri di Jabatan Perdana Menteri menyampaikan Ucapan Perasmian pada Majlis Pelancaran Program Tunas Usahawan Baitulmal.

 

Tetamu kehormat pada Majlis Pelancaran Program Tunas Usahawan Baitulmal (dari kiri):

  1. Encik Noor Azmi Mat Said, Ketua Pegawai Eksekutif SME Corp. Malaysia
  2. YBhg. Dato’ Sri Syed Hussien Al Habshee, Pengerusi SME Corp. Malaysia
  3. YB Datuk Wira Dr. Mohd Hatta Md Ramli, Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan
  4. YB Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof, Menteri di Jabatan Perdana Menteri
  5. YBhg. Datuk Haji Abdul Aziz Jusoh, Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP
 

YBhg. Dato’ Sri Syed Hussien Al Habshee, Pengerusi SME Corp. Malaysia, YB Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan YB Datuk Wira Dr. Mohd Hatta Md Ramli, Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan menyaksikan tandatangan dan pertukaran Memorandum Persefahaman antara Encik Noor Azmi Mat Said, Ketua Pegawai Eksekutif SME Corp. Malaysia dan YBhg. Datuk Haji Abdul Aziz Jusoh, Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP.

 

 

 

 

CONTACT US

SME Corporation Malaysia
Level 6, SME 1, Block B 
Platinum Sentral
Jalan Stesen Sentral 2
Kuala Lumpur Sentral
50470 Kuala Lumpur

Info Line: 1300-30-6000
Fax Line: 03-2775 6001

Feedback Form

 

AGENCY LINKS

med Tekun2
SKM1 MKM New 1 uda holdings
SME Bank edit logo bankrakyat jata copy

 

ABOUT
POLICIES

SME in Malaysia

SME Perfomance & Outlook

SME Masterplan

SME Policiess

PROGRAMMES
INITIATIVES
GUIDES

Business Guides

Success Stories

Business Directory

Business Ethics

RESOURCES
CONTACT US