Languages: Others

Majlis Pra Pelancaran Malaysia Halal Expo 2019

Tarikh                          :       8 Januari 2019 (Selasa)
Tempat                        :       CoWorking Space, MaGIC, Cyberjaya
Tetamu Kehormat         :       YB Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof
                                            Menteri Pembangunan Usahawan

 

Pada 8 Januari 2019, Majlis Pra Pelancaran Malaysia Halal Expo 2019 (MHE 2019) telah disempurnakan oleh YB Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof, Menteri Pembangunan Usahawan di CoWorking Space, MaGIC, Cyberjaya.  MHE 2019 merupakan acara yang menyediakan platform bagi PKS untuk mempamerkan produk dan perkhidmatan tempatan yang sedia untuk dieksport bagi pasaran Jepun menjelang Sukan Olimpik Tokyo 2020 dan Sukan Paralimpik Tokyo 2020.

 

Ekspo ini merupakan susulan Memorandum Kerjasama (MoC) dalam Bidang Halal Malaysia-Jepun yang telah ditandatangani pada 26 November 2018 oleh YB Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof, Menteri Pembangunan Usahawan dan TYT Hiroshige Seko, Menteri Ekonomi, Perdagangan dan Industri Jepun.  Menerusi MoC ini, Kementerian Pembangunan Usahawan (MED) telah diberi mandat untuk melaksana, menyelaras dan memantau program-program di bawah MoC yang merangkumi penganjuran Malaysia Halal Expo 2019 (MHE 2019) yang bakal berlangsung pada 24 - 26 Januari 2019 di Kuala Lumpur Convention Centre.

 

MHE 2019 disokong oleh SME Corp. Malaysia dengan kerjasama rakan strategik iaitu JAKIM, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan Persatuan Institusi Perbankan Islam Malaysia (AIBIM).

 

 

Ucapan oleh YB Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof, Menteri Pembangunan Usahawan sewaktu Majlis Pra-Pelancaran Malaysia Halal Expo 2019 (MHE 2019)

 

Tetamu kehormat pada Majlis Pra Pelancaran Malaysia Halal Expo 2019 (dari kiri):

  1. YB Datuk Wira Dr. Mohd Hatta Md Ramli, Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan
  1. YB Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof, Menteri Pembangunan Usahawan
  2. YBrs. Encik Muhammad Razman Abu Samah, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan), Kementerian Pembangunan Usahawanan (MED)

 

Turut menghadiri Majlis Pra Pelancaran MHE 2019 adalah hos dbilique iaitu Faizal Ismail (FBI) (barisan hadapan paling kiri), Fara Fauzana dan Tini Ariffin (barisan kedua dari kanan).

 

YB Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof, Menteri Pembangunan Usahawan merasmikan Pra Pelancaran MHE 2019. Turut mengiringi YB Menteri adalah Timbalan Menteri  YB Datuk Wira Dr. Mohd Hatta Md Ramli; YBrs. En. Muhammad Razman Abu Samah, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan), MED; En. Noor Azmi Mat Said, Ketua Pegawai Eksekutif, SME Corp. Malaysia; dan wakil rakan-rakan strategik MHE 2019 dari JAKIM, KBS dan AIBIM.

 

Sesi Sidang Media bersama YB Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof, Menteri Pembangunan Usahawan

 

CONTACT US

SME Corporation Malaysia
Level 6, SME 1, Block B 
Platinum Sentral
Jalan Stesen Sentral 2
Kuala Lumpur Sentral
50470 Kuala Lumpur

Info Line: 1300-30-6000
Fax Line: 03-2775 6001

Feedback Form

 

AGENCY LINKS

med Tekun2
SKM1 MKM New 1 uda holdings
SME Bank edit logo bankrakyat jata copy

 

ABOUT
POLICIES

SME in Malaysia

SME Perfomance & Outlook

SME Masterplan

SME Policiess

PROGRAMMES
INITIATIVES
GUIDES

Business Guides

Success Stories

Business Directory

Business Ethics

RESOURCES
CONTACT US