Languages: Others

Majlis Penutup Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE) 5.0 Peringkat Kebangsaan

 

Tarikh                                 : 31 Mac 2018 (Sabtu)
Tempat                               : Stadium Axiata Arena, Bukit Jalil, Kuala Lumpur
Tetamu Kehormat               :

            • YBhg. Tan Sri Ir. (Dr.) Mohamed Al Amin Abdul Majid
              Pengerusi, SME Corp. Malaysia
                                                               

Pada 31 Januari 2018, telah berlangsungnya Majlis Penutup Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE) 5.0 Peringkat Kebangsaan yang dianjurkan oleh SME Corp. Malaysia di Stadium Axiata Arena, Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Majlis Penutup TUBE 5.0 Peringkat Kebangsaan ini telah disempurnakan oleh YBhg. Tan Sri Ir. (Dr.) Mohamed Al Amin Haji Abdul Majid, Pengerusi SME Corp. Malaysia. Seramai 1,989 peserta termasuk
28 belia Orang Kelainan Upaya (OKU) dan 7 orang asli telah  menyertai Program TUBE 5.0 tahun ini dan dilatih di 16 buah kem latihan di seluruh negara.

Program TUBE ini telah dikenalpasti mampu untuk membantu memperkasa modal insan Bumiputera di bawah agenda Transformasi Kesejahteraan Bumiputera (TKB) yang dilaksanakan oleh Kerajaan kerana bersifat inklusif. Program TUBE 5.0 yang telah berlangsung selama 3 minggu bermula dari 9-29 Mac 2018 ini dilihat sangat berkesan dan holistik dalam mencapai matlamat untuk menggalakkan lebih ramai generasi muda untuk bertukar dari pekerja kepada pemilik perniagaan sebagai kerjaya. Turut hadir pada majlis tersebut ialah YBhg. Datuk (Dr.) Hafsah Hashim, Ketua Pegawai Eksekutif SME Corp. Malaysia.

 

 

 

Ucapan aluan oleh YBhg. Tan Sri Ir. (Dr.) Mohamed Al Amin Abdul Majid, Pengerusi SME Corp. Malaysia.

 

 

 

Penerima Anugerah Peserta Terbaik dari Belia Orang Kelainan Upaya (OKU)

 

 
   
 
   

Majlis Penganugerahan TUBE 5.0 bagi Peserta Terbaik, Rancangan Perniagaan Terbaik, dan Penerimaan Geran Perniagaan.

 

   

Peserta TUBE 5.0 bergambar bersama dengan tetamu kehormat.

 

 

CONTACT US

SME Corporation Malaysia,
Level 6, SME 1, Block B 
Platinum Sentral
Jalan Stesen Sentral 2
Kuala Lumpur Sentral
50470 Kuala Lumpur.

Info Line: 1300-30-6000
Fax Line: 03-2775 6001

Feedback Form

 

AGENCY LINKS

miti copy med jata copy
MIDA matrade edit 1 MPC edit
MIDF edit SME Bank edit hdc edit1
MSI edit Mai edit  

 

ABOUT
POLICIES

SME in Malaysia

SME Perfomance & Outlook

SME Masterplan

SME Policiess

PROGRAMMES
INITIATIVES
GUIDES
RESOURCES
CONTACT US