Languages: Others

Karnival Jom Niaga Wilayah Utara 2018

 

Tarikh                                 : 26 – 28 Januari 2018, Jumaat – Sabtu
Tempat                               : Dataran Amanjaya Mall, Sungai Petani, Kedah
Tetamu Kehormat               :

            • YB Dato’ Sri Mustapa Mohamed
              Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI)
            • YB Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan
              Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI)
            • YB Dato’ Wira Ku Abd. Rahman bin Ku Ismail
              Pengerusi Jawatankuasa Industri dan Pelaburan, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Pengguna & Koperasi Kedah, Pengerusi Jawatankuasa IMTGT
            • YB Dato’ Suraya binti Yaacob
              Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah

Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) melalui agensinya SME Corp. Malaysia, SME  Bank dan MIDF telah menganjurkan Karnival Jom Niaga Wilayah Utara di Dataran Amanjaya Mall, Sungai Petani, Kedah yang telah berlangsung selama tiga hari iaitu pada 26 Januari sehingga 28 Januari 2018. Karnival ini telah dirasmikan oleh YB Dato’ Sri Mustapa Mohamed, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI). Karnival ini mempromosikan pelbagai produk dan perkhidmatan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) di mana terdapat 125 booth, merangkumi gerai jualan produk PKS dan trak makanan serta agensi kaunter maklumat. Karnival ini telah menarik 28,671 pengunjung yang terdiri daripada PKS dan orang awam di sekitar Kedah, Perlis, Pulau Pinang dan juga Perak.

 


Karnival ini turut menyediakan peluang kepada semua pengunjung untuk mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti keusahawanan seperti forum perniagaan, sesi perkongsian pengalaman ‘Mai Sembang Niaga’, ceramah motivasi ‘Magnet Bisnes’ oleh Amin Idris dan sesi pemadanan perniagaan. Selain itu, aktiviti-aktiviti lain yang turut dianjurkan termasuklah demonstrasi masakan oleh Chef selebriti, pertandingan mewarna batik, pertandingan mewarna kanak-kanak bersama maskot nuri, program cilik HDC, penampilan Boboiboy dan Yaya, senamrobik, Jom Explo Race Productivity, pertandingan karaoke dan busker, cabutan bertuah dan penampilan artis Lan Solo dan Shidee Data.  Karnival ini turut disertai oleh Malaysia Automotive Institute (MAI) yang mengadakan pameran dan jualan kereta dan motorsikal ‘MAI Auto Galleria’.  Bagi pencari kerja, pameran kerjaya serta sesi temuduga terbuka telah diadakan pada 28 Januari 2018 yang menyediakan 600 peluang pekerjaan.


Sesi permadanan perniagaan yang dijalankan sempena Karnival ini mencatatkan potensi jualan sebanyak RM9.07 juta manakala jualan tunai di booth pameran PKS sebanyak RM313,222.  Antara syarikat besar yang terlibat dalam sesi pemadanan perniagaan ialah Mydin, Tesco, Giant, Ramly Halal Mart, BuraqOil dan Koperasi Usahawan Groom Big Kedah (KuGERAK).


Selepas berlangsungnya Majlis Perasmian, satu Sesi Townhall PKS bersama YB Dato’ Sri Mustapa Mohamed, Menteri MITI dan YB Dato’ Wira Ku Abd. Rahman bin Ku Ismail, Pengerusi Jawatankuasa Industri dan Pelaburan, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Pengguna & Koperasi Kedah dan Pengerusi Jawatankuasa IMTGT turut diadakan.  Sesi ini merupakan salah satu inisiatif Kerajaan untuk menjalin hubungan baik di antara rakyat dan Kerajaan serta mendapatkan maklumbalas daripada PKS secara khusus tentang isu-isu yang mereka hadapi. Beberapa orang usahawan turut dijemput berkongsi kejayaan yang telah mereka capai setelah mendapat bantuan daripada agensi kerajaan, khususnya agensi dari bawah MITI.
Karnival ini turut dihadiri oleh YB Datuk Ahmad bin Haji Maslan, Timbalan Menteri (Industri), YB Dato’ Suraya binti Yaacob, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan  Negeri Kedah; YB Datuk Sr. Hj. Muhammad Farid Hj. Saad, ADUN Pulau Betong; YBhg. Datuk (Dr.) Hafsah Hashim, Ketua Pegawai Eksekutif, SME Corp. Malaysia; YBhg. Datuk Mohd. Najib bin Hj. Abdullah, Pengarah Urusan Kumpulan, MIDF; dan YBhg. Dato' Razman Mohd Noor, Ketua Pegawai Operasi, Pengurusan Korporat & Operasi Kumpulan, SME Bank.


Selain merupakan program anjuran tiga (3) agensi MITI, Karnival Jom Niaga Wilayah Utara ini turut mendapat kerjasama agensi lain seperti UPUK, NCIA, MAI, MATRADE, HDC, MPC, MIDA, Kraftangan Malaysia, Bank Rakyat, Bank Islam, MDEC, Pos Malaysia, Microsoft dan Axiata.

 

 

YB Dato’ Sri Mustapa Mohamed, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menyampaikan ucapan ketika Majlis Perasmian Karnival Jom Niaga Wilayah Utara 2018

 

 

 

Majlis Perasmian Karnival Jom Niaga Wilayah Utara disempurnakan oleh YB Dato' Sri Mustapa Mohamed, Menteri MITI diiringi YB Datuk Seri Haji Ahmad Haji Maslan, Timbalan Menteri MITI, YB Dato’ Wira Ku Abd. Rahman bin Ku Ismail, Pengerusi Jawatankuasa Industri dan Pelaburan, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Pengguna & Koperasi Kedah dan Pengerusi Jawatankuasa IMTGT, YB Dato’ Suraya binti Yaacob, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan  Negeri Kedah dan Ketua-ketua agensi dari SME Corp. Malaysia, MIDF dan SME Bank

 

 
   

Sesi TownHall bersama YB Dato' Sri Mustapa Mohamed, Menteri MITI dan YB Dato’ Wira Ku Abd. Rahman bin Ku Ismail, Pengerusi Jawatankuasa Industri dan Pelaburan, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Pengguna & Koperasi Kedah dan Pengerusi Jawatankuasa IMTGT yang dimudahcara oleh YBhg. Datuk Rosyam Nor

 

 
 

YB Dato 'Sri Mustapa Mohamed, Menteri MITI bersama YB Dato’ Wira Ku Abd. Rahman bin Ku Ismail, Pengerusi Jawatankuasa Industri dan Pelaburan, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Pengguna & Koperasi Kedah dan Pengerusi Jawatankuasa IMTGT melawat tapak pameran PKS dan turut diiringi oleh Timbalan Menteri, Ketua-ketua Agensi dan tetamu jemputan

 

 
 
 
 

Pelbagai Aktiviti yang telah dijalankan sempena Karnival Jom Niaga Wilayah Utara 2018

 
 
 
 

Lan Solo dan Shidee Data antara artis jemputan yang hadir bagi memeriahkan lagi Karnival Jom Niaga Wilayah Utara 2018

 

CONTACT US

SME Corporation Malaysia,
Level 6, SME 1, Block B 
Platinum Sentral
Jalan Stesen Sentral 2
Kuala Lumpur Sentral
50470 Kuala Lumpur.

General Line: 03-2775 6100
Fax Line: 03-2775 6001

Feedback Form

 

AGENCY LINKS

miti icon MIDA matrade edit 1
MPC edit MIDF edit SME Bank edit
hdc edit1 MSI edit Mai edit
malaysiagovicon    

 

 

 

ABOUT
POLICIES

SME in Malaysia

SME Perfomance & Outlook

SME Masterplan

SME Policiess

PROGRAMMES
INITIATIVES
GUIDES
RESOURCES
CONTACT US