Languages: Others

Majlis Perasmian TUBE MEGA 2017 Peringkat Kebangsaan

 

Tarikh   : 7 Oktober 2017, Sabtu
Masa   : 3:00 petang – 5:00 petang
Tempat :  Kem PLKN Sinar Jaya, Kota Belud, Sabah

Tetamu Kehormat        :        

  • YB Dato’ Sri Mustapa Mohamed
    Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI)
  • YB Datuk Musbah Hj Jamli
    Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah Mewakili Menteri di Jabatan Perdana Menteri
  • YBHG. Tan Sri Ir. (Dr.) Mohamed Al Amin Abdul Majid
    Pengerusi SME Corp. Malaysia

 

Pada 7 Oktober 2017,  Majlis Perasmian TUBE Mega Peringkat Kebangsaan telah dirasmikan oleh YB Dato’ Sri Mustapa Mohamed, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) bersama – sama YB Datuk Musbah Hj Jamli,  Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah mewakili YB Datuk Seri Ahmad Rahman Dahlan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri di Kem PLKN Sinar Jaya, Kota Belud, Sabah.


Dengan objektif memupuk semangat keusahawanan, anjakan paradigma belia daripada pekerja kepada pemilik perniagaan serta membentuk daya tahan dalam pengendalian perniagaan, TUBE Mega merupakan edisi pertama dari Program TUBE yang dilaksanakan sejak tahun 2014.  Pada tahun ini pengambilan peserta ditingkatkan, daripada 500 orang kepada 1,000 orang yang dilatih dan dipersiapkan untuk menceburi bidang perniagaan.  

Masih mengekalkan kriteria dan konsep program yang sama, peserta TUBE Mega akan melalui tiga fasa iaitu menjalani latihan berkonsepkan ‘boot camp’ dan bengkel asas perniagaan selama 3 minggu di 10 buah Kem PLKN seluruh negara

 

 

 
     
 
   

Ketibaan dif – dif kehormat di Kem PLKN Sinar Jaya, Kota Belud, Sabah

 

 

 

 

YBhg. Tan Sri Ir. (Dr.) Mohamed Al Amin Haji Abdul Majid, Pengerusi SME Corp. Malaysia memberi ucapan aluan ketika Majlis Perasmian Program TUBE MEGA 2017

 

 

 

YB Datuk Musbah Hj Jamli,  Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah menyampaikan ucapan bagi pihak YB Datuk Seri Ahmad Rahman Dahlan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

 

 

 

YB Dato’ Sri Mustapa Mohamed, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menyampaikan ucaptama ketika Majlis Perasmian Program TUBE MEGA 2017.

 
   
 

 

YB Dato' Sri Mustapa Mohamed, Menteri MITI (tengah) bersama-sama dengan YB Datuk Musbah Haji Jamli, Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Sabah (kiri) dan YBhg. Tan Sri Ir. (Dr.) Mohamed Al Amin Haji Abdul Majid, Pengerusi SME Corp. Malaysia (kanan) bersama-sama rakan-rakan strategik Program TUBE Mega 2017.

 

 
 


 

Bacaan Ikrar & Persembahan Istimewa oleh peserta – peserta TUBE Mega 2017

 

 

YB Dato' Sri Mustapa Mohamed, Menteri Perdagangan Antarabangsa & Industri, YB Datuk Musbah Hj Jamli,  Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah dan YBhg. Tan Sri Ir. (Dr.) Mohamed Al Amin Abdul Majid Pengerusi SME Corp. Malaysia bersama-sama dengan 100 orang peserta TUBE Mega di Kem PLKN Sinar Jaya, Kota Belud, Sabah

CONTACT US

SME Corporation Malaysia,
Level 6, SME 1, Block B 
Platinum Sentral
Jalan Stesen Sentral 2
Kuala Lumpur Sentral
50470 Kuala Lumpur.

General Line: 03-2775 6000
Fax Line: 03-2775 6001
Info Line: 1-300-30-6000
Email: info[at]smecorp[dot]gov[dot]my

Feedback Form

 

AGENCY LINKS

miti icon MIDA matrade edit 1
MPC edit MIDF edit SME Bank edit
hdc edit1 MSI edit Mai edit
malaysiagovicon    

 

 

 

ABOUT
POLICIES

SME in Malaysia

SME Perfomance & Outlook

SME Masterplan

SME Policiess

PROGRAMMES
INITIATIVES
GUIDES

Business Guides

Success Stories

Business Directory

Business Ethics

RESOURCES
CONTACT US