Languages: Others

Lawatan Rasmi YB Datuk Ahmad bin Maslan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Ke Siti Khadijah Apparel Sdn Bhd

Tarikh : 9 Ogos 2017 (Rabu)
Masa  :  3:00 petang – 5:00 petang
Tempat :  Siti Khadijah Apparel Sdn Bhd
               7-61-3A, Jalan Medan Pusat Bandar 8A
                Bangi Sentral
                43650 Bandar Baru Bangi
                Selangor Darul Ehsan

 

Objektif Program                                                               
                    
Pada 9 Ogos 2017, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), YB Datuk Ahmad Maslan bersama-sama Ahli Pengurusan SME Corp. Malaysia, telah mengadakan satu lawatan rasmi ke Syarikat Siti Khadijah Apparel Sdn Bhd yang merupakan pengeluar utama jenama Siti Khadijah bagi penghasilan busana muslimah dan telekung inovasi pertama di Malaysia dengan reka bentuk wajah yang unik dan inovatif. Syarikat Siti Khadijah Apparel Sdn Bhd juga turut menerima Anugerah Perdana dan Anugerah Pemasaran Digital Terbaik di Anugerah PKS Patuh-Syariah Bank Islam-Utusan 2017 dan pemenang Enterprise 50 2016.

Selari dengan inisiatif yang dilaksanakan di bawah pendigitalan PKS, Kerajaan mensasarkan PKS untuk lebih berdaya tahan melalui penambahbaikan di dalam sistem perniagaan atas talian dan aktiviti e-pembayaran. Lawatan rasmi ini merupakan satu medium perantara bagi Kerajaan untuk melihat sendiri perkembangan PKS selain daripada memberikan cadangan penambahbaikan kepada perusahaan mereka melalui program dan insentif Kerajaan yang sedia ada.

 

 

 

 

YB Datuk Ahmad Maslan, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri MITI, Pihak Pengurusan SME Corp. Malaysia dan rakan media yang hadir sedang mendengar penerangan yang diberikan oleh YBrs. Ir Aminuddin Bin Mohd Nasir, Pengerusi Siti Khadijah Apparel Sdn Bhd.

     
 
   
   

Penerangan serta perkongsian maklumat tentang produk dan proses menghasilkan telekung jenama Siti Khadijah

 
   

YBrs. Ir Mohd Aminuddin Mohd Nasir menyerahkan cenderahati kepada YB Datuk Ahmad Maslan, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri MITI sebagai tanda penghargaan.

 
   

YB Datuk Ahmad Maslan, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa & Industri serta Ahli Pengurusan SME Corp. Malaysia bersama-sama dengan tenaga kerja Siti Khadijah Apparel Sdn. Bhd.

 

CONTACT US

SME Corporation Malaysia,
Level 6, SME 1, Block B 
Platinum Sentral
Jalan Stesen Sentral 2
Kuala Lumpur Sentral
50470 Kuala Lumpur.

General Line: 03-2775 6000
Fax Line: 03-2775 6001
Info Line: 1-300-30-6000
Email: info[at]smecorp[dot]gov[dot]my

Feedback Form

 

AGENCY LINKS

miti icon MIDA matrade edit 1
MPC edit MIDF edit SME Bank edit
hdc edit1 MSI edit Mai edit
malaysiagovicon    

 

 

 

ABOUT
POLICIES

SME in Malaysia

SME Perfomance & Outlook

SME Masterplan

SME Policiess

PROGRAMMES
INITIATIVES
GUIDES

Business Guides

Success Stories

Business Directory

Business Ethics

RESOURCES
CONTACT US