Languages: Others

Majlis Riang Ria Aidilfitri SME Corp. Malaysia & Majlis Pratonton Drama Mini Bersiri Chor & Chah

 

Tarikh :  10 Julai 2017, Isnin
Masa  :  3:00 petang – 6:00 petang
Tempat :  Atrium Level 3, SME Corp. Malaysia

 

Tetamu kehormat      :  

  • YB DATO’ SERI ONG KA CHUAN
    Menteri MITI II
  • YB DATUK CHUA TEE YONG
    Timbalan Menteri MITI
  • YBHG. DATUK J.JAYASIRI
    Ketua Setiausaha MITI
  • YBHG. TAN SRI IR (DR) MOHAMED AL AMIN ABDUL MAJID
    Pengerusi SME Corp. Malaysia
  • YBHG. DATUK (DR) HAFSAH HASHIM    
    Ketua Eksekutif SME Corp. Malaysia
  • YBHG. DATUK ROSYAM NOR       
    Pengarah Urusan Suhan Movies

 

Objektif Program                                                               
                    
SME Corp. Malaysia hari ini telah melancarkan secara rasmi Drama Mini Bersiri Chor & Chah yang menjadi antara salah satu platform penyebaran informasi keusahawanan secara atas talian. Majlis Pelancaran dan Pratonton Drama Mini Bersiri Chor & Chah ini telah disempurnakan oleh YB Dato’ Seri Ong Ka Chuan, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri II yang dianjurkan bersempena dengan Majlis Riang Ria Raya Aidilfitri SME Corp. Malaysia di Platinum Sentral.

 

Menampilkan pelakon-pelakon seperti Saharul Ridzuan, Ummi Nazeera, Ruhainies, Hafreez Adam, Afifah Nasir, Kaza dan Haleeda, drama terbitan SME Corp. Malaysia dan Suhan Movies ini bakal menemui para penonton bermula 1 Ogos 2017, jam 12:00 tengah hari di mana drama mini bersiri ini akan bersiaran sebanyak 3 kali seminggu pada hari Selasa, Rabu, dan Khamis di saluran Youtube rasmi Chor & Chah.

 

Memandangkan sambutan dan respon yang positif yang telah diterima oleh SME Corp. Malaysia berkenaan penerbitan drama ini, SME Corp. Malaysia akan meneruskan penerbitan drama bagi musim kedua yang akan bermula pada akhir Julai dan dijangka ditayangkan pada Oktober 2017. Musim kedua drama mini bersiri Chor & Chah ini akan memfokuskan kepada bantuan pengembangan perniagaan dan insentif eksport yang disediakan kepada para usahawan. Antara agensi-agensi yang akan terlibat  dalam musim kedua adalah Credit Guarantee Corporation (CGC), Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU), Telekom Malaysia (TM), MAMPU, SME Bank, Platcom Ventures, Tekun Nasional dan MATRADE.

 

 

 

 

YB Dato’ Seri Ong Ka Chuan, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) II dan YBhg. Tan Sri Ir. (Dr) Mohamed Al Amin Haji Abdul Majid, Pengerusi SME Corp. Malaysia menyampaikan ucapan sewaktu Majlis Riang Ria Aidilfitri SME Corp. Malaysia dan Majlis Pratonton Drama Mini Bersiri Chor & Chah

     
 
   

YB Dato’ Seri Ong Ka Chuan, Menteri MITI II diiringi oleh YBhg. Tan Sri Ir. (Dr.) Mohamed Al Amin Haji Abdul Majid, Pengerusi SME Corp. Malaysia, YBhg. Datuk (Dr) Hafsah Hashim, Ketua Eksekutif SME Corp. Malaysia dan YBhg. Datuk Rosyam Nor, Pengarah Urusan Suhan Movies melancarkan sesi pratonton Drama Mini Bersiri Chor & Chah

 
 
   

Tetamu-tetamu kehormat yang hadir turut memberikan sumbangan duit raya kepada Anak-Anak Yatim daripada Rumah Anak-Anak Yatim Darul Shifa

 
   

YB Dato’ Seri Ong Ka Chuan, Menteri MITI II, YB Datuk Chua Tee Yong, Timbalan Menteri (Perdagangan) MITI, YBhg. Tan Sri Ir (Dr) Mohamed Al Amin Abdul Majid, Pengerusi SME Corp. Malaysia, YBhg. Datuk Seri J.Jayasiri, Ketua Setiausaha MITI, YBhg. Datuk (Dr) Hafsah Hashim, Ketua Eksekutif SME Corp. Malaysia dan YBhg. Datuk Rosyam Nor, Pengarah Urusan Suhan Movies bergambar bersama-sama dengan barisan pelakon dan krew Drama Mini Bersiri Chor & Chah.

 

CONTACT US

SME Corporation Malaysia,
Level 6, SME 1, Block B 
Platinum Sentral
Jalan Stesen Sentral 2
Kuala Lumpur Sentral
50470 Kuala Lumpur.

General Line: 03-2775 6000
Fax Line: 03-2775 6001
Info Line: 1-300-30-6000
Email: info[at]smecorp[dot]gov[dot]my

Feedback Form

 

AGENCY LINKS

miti icon MIDA matrade edit 1
MPC edit MIDF edit SME Bank edit
hdc edit1 MSI edit Mai edit
malaysiagovicon

 

 

 

ABOUT
POLICIES

SME in Malaysia

SME Perfomance & Outlook

SME Masterplan

SME Policiess

PROGRAMMES
INITIATIVES
GUIDES

Business Guides

Success Stories

Business Directory

Business Ethics

RESOURCES
CONTACT US