Languages: Others

Lawatan Rasmi YB Datuk Ahmad Maslan ke PTS Bookcafe Sdn Bhd

Tarikh :  19 Januari 2017, Khamis
Masa  :   2:30 petang – 5:00 petang
Tempat : PTS Bookcafe Sdn Bhd
              No. 12, Jalan DBP                           
              Dolomite Business Park               
              68100 Batu Caves, Selangor Darul Ehsan

 

Tetamu kehormat  :    YB DATUK AHMAD MASLAN
                                  Timbalan Menteri (Industri) MITI

 

YB Datuk Ahmad Maslan telah mengadakan lawatan ke syarikat PTS Bookcafe Sdn. Bhd., salah sebuah syarikat yang menyediakan perkhidmatan pembelian buku atas talian yang terdiri daripada pelbagai penulis dan penerbitan baru – baru ini.  Syarikat PTS Bookcafe Sdn Bhd telah ditubuhkan pada tahun 2007 yang beroperasi sepenuhnya di Batu Caves, Selangor ini diterajui oleh Encik Arief Hakim Sani Rahmat.

 

Lawatan Rasmi ini juga dirangka sebagai salah satu aktiviti yang selari dengan matlamat Kerajaan mengalakkan Pendigitalan dikalangan PKS. Dengan lawatan sebegini, PKS diberi platform untuk mempromosikan produk dan perkhidmatan mereka di samping mengeratkan lagi hubungan dan jalinan kerjasama di antara PKS dan Kerajaan secara amnya.

 

Selain itu, YB Datuk Ahmad Maslan juga merasmikan perkhidmatan terbaru oleh PTS Bookcafe iaitu book truck bermuatan 3 tan  yang berfungsi sebagai kedai buku bergerak yang akan berkunjung ke sekolah-sekolah dan tapak karnival. Inisiatif ini diambil sebagai salah satu langkah mempromosikan budaya membaca di kalangan masyarakat Malaysia di samping memberikan akses yang mudah kepada bahan bacaan terkini.

 
     
   

YB Datuk Ahmad Maslan dibawa melihat sendiri buku – buku yang dijual oleh PTS Bookcafe diiringi Profesor Emeritus Abdullah Hassan, Pengasas, PTS Publications & Distributors Sdn Bhd

 

 
 

Sesi Penerangan oleh Encik Arief Hakim Sani Rahmat, Pengarah Urusan, PTS Bookcafe Sdn. Bhd. mengenai profil serta latar belakang syarikat.

 
 
 
 

YB Datuk Ahmad Maslan merasmikan Book Truck PTS yang berfungsi sebagai kedai buku bergerak bagi memberikan akses kepada orang ramai untuk membeli bahan bacaan.

 

CONTACT US

SME Corporation Malaysia,
Level 6, SME 1, Block B 
Platinum Sentral
Jalan Stesen Sentral 2
Kuala Lumpur Sentral
50470 Kuala Lumpur.

General Line: 03-2775 6000
Fax Line: 03-2775 6001
Info Line: 1-300-30-6000
Email: info[at]smecorp[dot]gov[dot]my

Feedback Form

 

AGENCY LINKS

miti icon MIDA matrade edit 1
MPC edit MIDF edit SME Bank edit
hdc edit1 MSI edit Mai edit
malaysiagovicon

 

 

 

ABOUT
POLICIES

SME in Malaysia

SME Perfomance & Outlook

SME Masterplan

SME Policiess

PROGRAMMES
INITIATIVES
GUIDES

Business Guides

Success Stories

Business Directory

Business Ethics

RESOURCES
CONTACT US